29 April tarikh akhir jemaah umrah pulang

29 April tarikh akhir jemaah umrah pulang


KEMENTERIAN Haji dan Umrah Arab Saudi menetapkan 29 April sebagai tarikh akhir untuk jemaah umrah meninggalkan Arab Saudi bagi memberi laluan kepada musim haji yang akan datang.

Kementerian itu menegaskan bahawa mana-mana individu yang tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan akan dikenakan tindakan undang-undang mengikut peraturan yang ditetapkan, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Kementerian turut menyeru orang ramai serta syarikat dan institusi yang menguruskan jemaah Umrah untuk mematuhi segala peraturan berkaitan.

Pihak kementerian menegaskan bahawa sebarang pelanggaran akan dianggap sebagai kesalahan dan kegagalan sesebuah syarikat melaporkan kelewatan kepulangan jemaah boleh mengakibatkan denda sehingga 100,000 riyal Saudi (RM117,697), selain tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab. – Bernama



Source link

OR

Scroll to Top