2NE1, Taemin, Minho bakal gegarkan Festival Waterbomb Singapore 2025

2NE1, Taemin, Minho bakal gegarkan Festival Waterbomb Singapore 2025


KUALA LUMPUR: Kumpulan popular Korea Selatan, 2NE1 termasuk Taemin dan Minho merupakan antara artis antarabangsa yang diumumkan bakal memeriahkan festival muzik air, Waterbomb Singapore 2025 yang akan berlangsung di Siloso Beach, Sentosa, pada 30 dan 31 Ogos ini.

Perkara itu diumumkan Viu Singapura yang turut memaklumkan bahawa pihaknya telah menambah senarai aetis bertaraf antarabangsa untuk menggamatkan lagi festival berkenaan.

Selain 2NE1, Taemin dan Minho, artis lain yang turut bakal menjayakan festival berkenaan adalah penyanyi dan penulis lagu, Junny, Sorn dan Seungyeon, dua bekas ahli kumpulan CLC.

Tidak ketinggalan, festival kali ini turut menampilkan kolaborasi pentas istimewa yang jarang disaksikan iaiti menerusi persembahan dua buah kru tarian antarabangsa terkemuka iaitu Team Bebe (juara Street Woman Fighter 2) dan Jam Republic.

Festival ini juga menampilkan bakat tempatan seperti Estelle Fly, bekas ahli kumpulan Jepun Sea*A yang kini mencipta nama sebagai penyanyi solo dengan gaya tersendiri, serta Whylucas peserta tunggal dari Singapura dalam rancangan realiti idola serantau Chuang Asia Musim 2.

Pengumuman ini melengkapkan barisan artis terdahulu yang terdiri daripada HUTA (Lee Minhyuk dari BTOB), JAY B dari GOT7, ASH ISLAND, Anson Lo dari MIRROR, dan EXID.

WATERBOMB SINGAPORE 2025 dianjurkan dengan sokongan penuh Lembaga Pelancongan Singapura (STB).

Menurut Pengarah Acara Rekreasi STB, Cik Guo Teyi, kejayaan edisi sulung festival ini pada tahun lalu membuktikan potensinya sebagai acara berprestij yang mampu menarik perhatian peminat muzik dari seluruh dunia serta memperkukuhkan kedudukan Singapura sebagai destinasi utama hiburan dan rekreasi bertaraf antarabangsa.

Tiket bagi festival ini boleh didapati secara eksklusif menerusi Pelago, Rakan Tiket Rasmi acara tersebut.

Untuk maklumat lanjut boleh layari www.waterbombsingapore.com atau www.viu.com





Source link

OR

Scroll to Top