3 Drama Paling Panas, 3 Ujian Hati Paling Berat… Sepanjang Ramadan Hanya di TV3

3 Drama Paling Panas, 3 Ujian Hati Paling Berat… Sepanjang Ramadan Hanya di TV3


Ramadan sering dikaitkan dengan kesabaran, muhasabah dan peluang memperbaiki diri. Namun tahun ini, TV3 membawakan pendekatan yang lebih berani dengan tiga naskhah berturut-turut bermula 25 Februari, malam ini!

Setiap satunya menyelami sisi emosi manusia yang rapuh apabila diuji rasa cinta, kepercayaan dan pilihan hidup. Bukan sekadar kisah hubungan yang bergolak, tiga naskhah ini mengajak penonton menilai sempadan antara kesilapan dan penyesalan, antara ego dan pengorbanan, serta antara cinta dan tanggungjawab.

Di slot Samarinda, Kerana Cinta Itu Dusta menampilkan konflik pengkhianatan yang terbuka, sama ada di depan mata sendiri atau di media sosial. Ego lelaki, kepercayaan yang dicabul dan sahabat yang menjadi duri dalam daging menjadikan drama ini medan perang emosi yang tiada berselindung. Di sini, curang bukan sekadar kesilapan, tetapi pilihan sedar dan apabila semuanya terdedah, tiada siapa yang benar-benar menang.

Berbeza pula di slot Akasia, Khianat Yang Terpilih mengisahkan bekas kekasih yang bertemu semula membuka ruang kepada curang yang tidak disengajakan. Rindu lama, perkahwinan yang hambar, dan pengakuan kehamilan yang mengejutkan mencetuskan rangkaian keputusan drastik seperti perceraian, ujian DNA, keguguran, dan hati yang sukar dipulihkan. Di sinilah garis antara salah dan simpati menjadi kabur. Adakah semuanya benar-benar tidak dirancang, atau sekadar alasan untuk menghalalkan rasa?

Namun yang paling berbahaya menanti di slot Lestary melalui Bila Cinta Menjadi Dosa. Ia bukan sekadar kisah pasangan, tetapi pengkhianatan seorang ayah yang meruntuhkan maruah isteri dan memusnahkan hubungan dengan anak sendiri. Nafsu, kuasa, dan dendam bercampur menjadi racun yang mengalir dalam satu keluarga. Apabila bekas kekasih anak memilih untuk mengahwini si ayah, luka lama bertukar menjadi peperangan yang lebih kejam.

Tiga drama, tiga dimensi emosi daripada kepercayaan yang goyah, kenangan yang kembali menghantui, hingga konflik keluarga yang memerlukan kekuatan luar biasa untuk diselesaikan.

Sepanjang Ramadan ini, TV3 tidak hanya menyajikan kisah penuh dramatik, tetapi turut mengangkat realiti yang dekat dengan kehidupan. Setiap episod menjadi cermin untuk menilai pilihan yang membuka mata dan mengajar erti sebenar memelihara hati.

Tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan:
Samarinda: Kerana Cinta Itu Dusta, bermula 25 Februari ini, Isnin hingga Jumaat, 10.00 malam.

Akasia: Khianat Yang Terpilih, bermula 26 Februari ini, Isnin hingga Jumaat, 6.58 petang.

Lestary: Bila Cinta Menjadi Dosa, bermula 27 Februari ini, Jumaat hingga Ahad, 9.00 malam. Strim Juga Episod Baharu 24 Jam Lebih Awal Melalui Tonton!



Source link

OR

Scroll to Top