3 Ikon Hijabi Jejak Tajikistan, Walau Sejuk Beku Sempat Hulur Sumbangan! – Hijabista

3 Ikon Hijabi Jejak Tajikistan, Walau Sejuk Beku Sempat Hulur Sumbangan! – Hijabista

Jiwa dermawan, tersentuh melihat kebaikan 3 ikon hijabi ni jejak Tajikistan, walau sejuk beku pun sempat hulur sumbangan!

Seronoknya melihat misi kemanusiaan yang dianjurkan oleh aktivis dan Pengasas CGM (Persatuan Cinta Gaza Malaysia) iaitu Nadir Al-Nuri pada jam ini.

Turut menemani, tiga ikon hijabi iaitu Heliza Helmi dan Hazwani Helmi serta usahawan fesyen Hafiza Abdul Hamid atau lebih dikenali Pija Minaz.

Instagram @nadiralnuri

Membawakan keindahan bumi Tajikistan melalui Humanitarian Tours CGM, Nadir bukan saja menawarkan pakej pelancongan biasa malah dalam masa yang sama berkhidmat kepada saudara seagama di seluruh dunia.

“Bumi yang dikenali sebagai sebahagian Bumbung Dunia kerana wilayahnya merangkumi Banjaran Pamir yang merupakan salah satu banjaran tertinggi di dunia.

Bumi ini juga dikenali sebagai salah sebuah negara laluan Pamir Highway yang menjadi bahagian utara Laluan Sutera suatu ketika dahulu.

Sedihnya hari ini Tajikistan dikenali sebagai negara paling miskin di Asia Tengah dibandingkan adik-beradik ‘tan’nya yang mungkin lebih dikenali seperti Uzbekistan dan Kazakhstan.

Dengan populasi sekitar 10 juta orang, 95% daripada penduduknya beragama Islam, walaupun mereka berdepan sedikit kesukaran dalam pengamalannya,” kongsi Nadir Al-Nuri.

SEJUK BEKU

Instagram @pijaminaz

“Subhanallah, suhu sekarang di Darvos Tajikistan. Ni lagi sejuk dari peti sejuk ni.

Kami pakai punya berlayer2, kadang2 dapat juga pemanas. Dapat juga bilik yang sangat alhamdulillah, tapi bila nak tidur dek kerana sejuk kadang tak dapat lena sgt.

Terus teringat mereka yang berada di P, Y, S dan tempat2 yang susah dan dijajah. YA ALLAH, depa lagi la x da apa apa, dengan nak jadi pelarian pula. Mmg sangat sedih terkenangkan saudara mara kita kat sana,” luah Heliza Helmi.

Instagram @pijaminaz
Instagram @pijaminaz

Bagi Pija Minaz pula, beliau bersyukur kerana penghujung 2024 ini mendapat jemputan ke Tajikistan sambil menjalankan misi kemanusiaan dan melihat keindahan alam.

“Kak Pija ambil peluang ni utk bermonolog dgn diri, apakah takdir di hadapan yang Allah sedang aturkan.

Banyak masa Kak Pija tahun ni berada di atas awan dan berkelana di negara luar atas urusan kerja, yg mana Kak Pija tak pernah terfkir pun Allah nak bagi rezeki macam ni.

Semoga ada kebaikan dan manfaat di atas setiap permusafiran dan pengorbanan. Aaminnn.

Day 2 di Tajikistan ni, kami dapat la merasa naik cable car di Safet Dara Ski Resort dan naik atas puncak gunung. Subhanallah view cantik sangat!

Semoga depa dapat la bukak resort dekat sini so ramai la org boleh experience dok dekat salji mcm dekat Swiss tu hihi tp depa ni kurg arang batu dan generator. Bercatu eletrik kalau dekat kawasan pedalaman. Semoga Allah mudahkan,” ujar Pija Minaz.

Jiwa dermawan, tersentuh melihat kebaikan 3 ikon hijabi ni jejak Tajikistan, walau sejuk beku pun sempat hulur sumbangan!

Seronok betul tengok perjalanan mereka, jom saksikan video ni…

VIDEO

Artikel berkaitan: https://www.hijabista.com.my/uyaina-pakai-tudung-saji-pun-lawa-kongsi-trik-styling-untuk-hijabi-bercermin-mata-gaya-uyaina-arshad-tuai-pujian/

The post 3 Ikon Hijabi Jejak Tajikistan, Walau Sejuk Beku Sempat Hulur Sumbangan! appeared first on Hijabista.

OR

Scroll to Top