3 murid Orang Asli SK Permatang Keledang juara di Korea Selatan

3 murid Orang Asli SK Permatang Keledang juara di Korea Selatan



am@hmetro.com.my

Kuantan: Tiga murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Keledang, Pekan menjulang nama negara selepas berjaya memenangi pingat emas kategori Robotik Inovasi pada International Robot Olympiad ke-26 2024/2025 di Busan, Korea Selatan, kelmarin.

Guru Besar SK Permatang Keledang Ahmad Zaki Zainudin berkata, kejayaan tertinggi dicapai di pentas antarabangsa kali ini di luar jangkaan dan membanggakan semua pihak.

” Misi meraih kejayaan digalas tiga murid Tahun Enam, Matthew Jambai Karong, HafiezieAzwanizizi dan Fizrey Rovince Ronachai telah dibuktikan. Sebelum ini kita pernah tiga kali bertanding di China dan Korea Selatan.

“Kejayaan ini membuktikan bakat dan kemampuan murid Orang Asli yang belajar di SK Permatang Keledang setanding dengan murid di sekolah lain. Sokongan serta usaha gigih dan komitmen tenaga pengajar dalam mengasah kemahiran sains dan teknologi begitu tinggi.

“Pertandingan menugaskan peserta mencipta dan mempersembahkan solusi robototik secara berpasukan, setiap masalah perlu diselesaikan dengan berkesan,” katanya, dihubungi.

Beliau berkata, pencapaian kali ini sangat membanggakan seterusnya berjaya mengangkat nama sekolah serta negara di pentas antarabangsa.

Ahmad Zaki berkata, semoga kejayaan ini memberi inspirasi pada lebih ramai pelajar dan guru untuk terus berinovasi, berusaha dan mencapai kecemerlangan dalam bidang yang lebih luas.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top