3,452 mangsa banjir Kedah masih berlindung di PPS

3,452 mangsa banjir Kedah masih berlindung di PPS


am@hmetro.com.my

Alor Setar: Keadaan banjir di Kedah semakin pulih apabila mangsa yang ditempatkan di 16 pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah di negeri berkurangan kepada 3,452 orang setakat jam 8 pagi ini.

Jumlah itu berkurangan berbanding 3,458 mangsa daripada 1,074 keluarga yang dilaporkan jam 12 tengah malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Kedah dalam kenyataannya berkata, daerah Kota Setar masih menempatkan seramai 1,830 mangsa daripada 549 keluarga yang ditempatkan di enam PPS.

Katanya, antara PPS terbabit adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Aman, SK Taman Uda, SK Seri Perdana, SK Bukit Pinang, SK Seri Gunong dan SK Gunong.

Sementara itu, di daerah Kubang Pasu pula, 10 PPS masih beroperasi dan jumlah kesemua mangsa banjir yang ditempatkan di situ adalah seramai 1,622 orang daripada 524 keluarga.

PPS yang masih aktif adalah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun; Dewan Kampung Tradisi; Dewan Kodiang; SK Malau, SK Padang Pekan; Dewan Wawasan Jitra; SK Bukit Tinggi, SK Tunjang dan SK Bandar Baru Darulaman.

Sementara itu, di daerah Pokok Sena pula, dua PPS iaitu di Dewan Serbaguna dan Masjid Al Nur ditutup sepenuhnya sejak semalam.

Sementara itu, dua sungai di Kedah masih mencatatkan bacaan melepasi tahap bahaya, pagi ini iaitu Sungai Anak Bukit di Taman Aman di daerah Kota Setar dan Sungai Bata di Kampung Pahana di daerah Kubang Pasu.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top