398 mangsa banjir di 6 daerah di Terengganu

398 mangsa banjir di 6 daerah di Terengganu



am@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Seramai 398 mangsa daripada 84 keluarga kini ditempatkan di 17 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di enam daerah yang terbabit dalam banjir.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, daerah yang terbabit ialah Kemaman, Dungun Marang, Hulu Terengganu, Setiu dan Besut.

Di daerah Kemaman, dua PPS di buka iaitu di Balai Raya Padang Kemunting dan Balai Raya Beris Nenas menempatkan 32 mangsa daripada 8 keluarga.

Manakala di Setiu, kekal seorang mangsa daripada satu keluarga di Balai Raya Kampung Bintang.

Sementara itu di Marang, empat PPS dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Rawai, Dewan Sivik Wakaf Tapai, Dewan Sivik Merchang dan SK Pengkalan Berangan menempatkan 195 mangsa daripada 37 keluarga.

Daerah Dungun, di Dewan Sivik Paka, Balai Raya Alor Mak Bah dan SK Tok Kah, menempatkan 59 mangsa daripada 11 keluarga manakala di Besut di Balairaya Kampung Pantai, SK Bukit Keluang menempatkan 43 mangsa daripada sembilan keluarga.

Manakala di Hulu Terengganu, PPS yang dibuka iaitu di Balai Raya Kampung Bukit Kolam, Masjid Taman Hadhari Tok Randok, Balai Raya Kampung Tok Gebok, Balai Raya Kampung Durian Kassim dan Balai Raya Kampung Hulu Lerek, menempatkan 68 mangsa daripada 18 keluarga.

Menurut web public InfoBanjir memaklumkan empat sungai di negeri ini berada dalam keadaan amaran iaitu Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan (F2), Sungai Nerus di Kampung Langkap (F1), Setiu, Sungai Marang di Jambatan Pengakalan Berangan dan Sungai Terengganu di Rumah Pam Pulau Bahagia (F1), Kuala Terengganu.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top