42 petani di Perak terjejas banjir terima bantuan bencana lebih RM150,000

42 petani di Perak terjejas banjir terima bantuan bencana lebih RM150,000


Ipoh: Seramai 42 petani di Perak yang terjejas akibat banjir menerima Tabung Bencana Pertanian dan Tabung Bencana Tanaman Padi berjumlah RM159,976 setakat 3 September, kata Pengarah Pertanian Perak Norsiyenti Othman.

Beliau berkata, kawasan tanaman yang terjejas teruk akibat bencana itu seluas 60.41 hektar membabitkan nilai kerosakan dianggarkan lebih RM300,000.

“Saya berharap petani sentiasa memantau kebun, ladang dan sawah serta mengambil langkah sewajarnya. Sekiranya kawasan (sering) banjir, mungkin boleh ubah jadual penanaman kerana sekarang sudah kerap hujan.

“Kita tidak mahu petani terkesan dengan bencana banjir yang akan merugikan mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kopi Perak 2025 anjuran Jabatan Pertanian Perak di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Norsiyenti berkata sejumlah 235 tan metrik pengeluaran kopi dihasilkan sehingga kini dengan nilai pasaran RM1.76 juta.

Beliau berkata, ia melibatkan 35 petani dengan keluasan tanah 29.41 hektar di Bagan Datuk, Larut, Matang dan Selama, Batang Padang serta Kuala Kangsar dan Gerik.

Beliau berkata, kerajaan negeri menyokong penuh pelaksanaan Program Pembangunan Industri Kopi dengan pelbagai inisiatif dirancang untuk menjadikan Perak sebagai pengeluar utama kopi di negara ini.

“Permintaan pasaran yang semakin meningkat termasuk dari luar negara membuka peluang perniagaan baharu khususnya kepada perusahaan kecil dan sederhana serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan seterusnya meningkatkan pendapatan rakyat negeri ini,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top