am@hmetro.com.my
Alor Setar: Mangsa banjir di Kedah terus mencatatkan peningkatan apabila 4,373 mangsa daripada 1,298 keluarga ditempatkan di 32 pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh daerah di negeri ini.
Jumlah itu dilaporkan setakat 6 petang hari ini berbanding 3,865 mangsa daripada 1,147 keluarga yang dilaporkan pada 3 petang hari ini.
Berdasarkan lama Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan, mangsa di daerah Kota Setar yang mencatatkan peningkatan apabila 1,590 mangsa daripada 484 keluarga ditempatkan di sembilan PPS.
Jumlah mangsa di daerah Kubang Pasu juga meningkat kepada 1,089 mangsa dari 312 keluarga di tujuh PPS.
PPS di daerah Bandar Baharu yang baru dibuka semalam kekal dengan 107 mangsa daripada 24 keluarga, manakala mangsa banjir di daerah Pendang pula meningkat kepada 514 mangsa daripada 143 keluarga.
Jumlah mangsa banjir di empat PPS Pokok Sena pula mencatatkan 840 mangsa daripada 235.
Sementara itu, di daerah Kuala Muda kekal 131 mangsa daripada 50 keluarga ditempatkan di tiga PPS, begitu juga daerah Kulim kekal dengan 86 mangsa daripada 26 keluarga.
© New Straits Times Press (M) Bhd