July 13, 2024

45 orang terperangkap akibat kepala air

45 orang terperangkap akibat kepala air


KUALA LUMPUR – Seramai 45 orang awam terperangkap di seberang sungai dekat Kolam Batu Gajah, Jalan Tandek Kampung Longob, Kota Marudu, Sabah selepas berlakunya kepala air yang enyebabkan jambatan di sungai tersebut runtuh.

Semasa kejadian, Semua mangsa sedang menjalankan aktiviti pertandingan memancing di kolam berhampiran.

Pasukan Bomba daripada BBP Kota Marudu seramai 7 orang diketuai oleh PBK II Dusin Sagaron tiba bersama jentera FRT selepas menerima panggilan tentang kejadian itu pada jam 4.11 petang.

Operasi menyelamatkan mangsa-mangsa dilakukan  dengan menggunakan tali dan tangga.

Kesemua mangsa iaitu 23 lelaki dewasa, 15 wanita dewasa dan tujuh kanak-kanak berjaya diselamatkan tanpa kecederaan.

Operasi ditamatkan pada jam 6.47 petang. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top