5 cedera kemalangan 6 kenderaan termasuk 2 bas

5 cedera kemalangan 6 kenderaan termasuk 2 bas


mhafis@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Lima cedera dalam kemalangan membabitkan empat kereta dan dua bas persiaran di Jalan Hang Tuah Off, Jalam Imbi, di sini, malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan melalui sistem MERS999 pada jam 10:49 malam seterusnya menggerakkan jentera ke lokasi kejadian.

Komander Operasi, Che Mohd Solehuddin Che Jusoh, berkata, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah dan bantuan BBP Pudu digerakkan dengan kekuatan seramai 13 anggota serta jentera Fire Rescue Tender (FRT).

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi jam 10.57 malam, didapati kemalangan membabitkan empat kereta iaitu Toyota Vios, Nissan Almera, Hyundai Staria dan Honda City, serta dua bas persiaran.

“Kemalangan turut membabitkan lima mangsa, iaitu masing-masing dua lelaki dan kanak-kanak serta seorang wanita.

‘Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan rawatan awal dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tindakan susulan seterusnya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan dan tindakan lanjut.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top