50 kelab, persatuan sukan ikuti program kesedaran antirasuah

50 kelab, persatuan sukan ikuti program kesedaran antirasuah


harisfadli@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Sebanyak 50 kelab dan persatuan sukan di sekitar Labuan menyertai program kesedaran antirasuah anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.

Pengarah SPRM Labuan, Muhammat Azis Malmod berkata, program bertemakan ‘Jauhi Rasuah Kerana Rasuah Membunuh Karier Masa Depan’ diadakan bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan penggiat sukan.

“Bidang sukan walaupun jarang dikaitkan dengan rasuah, tetap terdedah kepada risiko salah guna kuasa dan penyelewengan, terutamanya dalam sukan yang melibatkan penilaian subjektif.

“Pengurusan tatakelola yang baik dan berintegriti adalah benteng utama dalam memastikan keadilan dan ketelusan dalam arena sukan,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, program berlangsung dengan penampilan istimewa daripada legenda bola sepak, Datuk Hassan Sani, yang mana beliau menandatangani papan tanda khas mengandungi mesej antirasuah sebagai simbolik peringatan kepada setiap penggiat sukan.

Katanya, papan tanda itu akan dijadikan bahan kempen rasmi SPRM Labuan dalam usaha menyebarluaskan mesej integriti kepada masyarakat.

“SPRM Labuan menegaskan bahawa usaha membanteras rasuah bukanlah tanggungjawab eksklusif agensi semata-mata, sebaliknya merupakan amanah bersama seluruh rakyat.

“Penglibatan tokoh berpengaruh seperti Datuk Hassan Sani membuktikan bahawa individu berprofil tinggi memainkan peranan penting sebagai agen perubahan dalam masyarakat,” katanya yang berharap program itu dapat menyemai nilai integriti dalam kalangan atlet dan penggiat sukan, serta menjadi pemangkin kepada budaya sukan yang bersih, adil dan berwibawa.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top