54 tahun pingat hilang, Savithri akhirnya dapat pembelaan

54 tahun pingat hilang, Savithri akhirnya dapat pembelaan


Norhayati (kanan) ketika mengunjungi Savithri di kediaman legenda atlet tersebut. FOTO: OM

OLAHRAGA Malaysia (OM) tampil memohon maaf secara terbuka kepada legenda olahraga negara, P Savithri susulan insiden kehilangan pingat yang dimenanginya pada Sukan SEAP Kuala Lumpur 1971.

Setiausaha Agung OM, Norhayati Karim berkata, pihaknya kesal dengan kecuaian itu mengakui Savithri berhak menerima keadilan selepas menunggu lebih 54 tahun.

“Pertama sekali, kami mohon maaf sedalam-dalamnya kepada Puan Savithri atas kekecewaan yang dialami.

“Pencapaian beliau mengharumkan nama Malaysia dan wajar dihargai dengan penghormatan tertinggi,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Semakan semula rekod sejarah mengesahkan Savithri pemenang pingat emas dalam acara pentathlon dan perak dalam acara 100 meter berpagar.

Namun ia hilang selepas dipinjam seorang bekas pentadbir kononnya untuk tujuan pameran dan dokumentasi sebelum gagal dipulangkan semula.

Pingat yang dipinjam untuk pameran dan dokumentasi tidak dipulangkan. FOTO: OM

Pingat yang dipinjam untuk pameran dan dokumentasi tidak dipulangkan. FOTO: OM

Bagi menebus kesilapan itu, Norhayati berkata, OM dengan kerjasama Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) akan menempah replika rasmi pingat serta menganjurkan majlis penyerahan semula selain mengkaji semula dasar penjagaan memorabilia atlet.

“OM kini berhubung terus dengan Puan Savithri untuk memohon maaf secara peribadi.

“Kami beriltizam memastikan legasi semua atlet negara sentiasa dihormati,” jelas Norhayati.



Source link

OR

Scroll to Top