558,500 orang penganggur pada Ogos 2024

558,500 orang penganggur pada Ogos 2024


KUALA LUMPUR – Bilangan tenaga buruh pada bulan Ogos 2024 terus mengukuh, dengan peningkatan bulan ke bulan sebanyak 0.1 peratus merekodkan 17.22 juta orang (Julai 2024: 17.20 juta orang).

Seperti yang direkodkan bulan lalu, kadar penyertaan tenaga buruh bulan Ogos kekal pada 70.4 peratus.

Jabatan Perangkaan Malaysia berkata, bilangan penganggur berkurang kepada 558, 500 orang, dengan penurunan sebanyak 0.9 peratus (Julai 2024: 563, 700 orang).

Kadar pengangguran pada bulan Ogos 2024 turun sebanyak 0.1 mata peratus kepada 3.2 peratus setelah sembilan bulan mencatatkan kadar 3.3 peratus.

Bilangan penduduk bekerja menunjukkan peningkatan sebanyak 0.2 peratus kepada 16.66 juta orang, meningkat daripada 16.63 juta orang pada bulan Julai 2024.

Mengikut sektor ekonomi, bilangan penduduk bekerja dalam sektor perkhidmatan terus menunjukkan trend menaik, terutamanya dalam aktiviti perdagangan borong & runcit; perkhidmatan makanan & minuman; dan pengangkutan & penyimpanan.

Trend yang sama juga dilihat bagi guna tenaga dalam sektor pembuatan, pembinaan, perlombongan & pengkuarian serta pertanian.

Manakala bilangan penduduk di luar tenaga buruh menunjukkan sedikit penurunan iaitu sebanyak 0.01 peratus kepada 7.23 juta orang pada bulan Ogos 2024 (Julai 2024: 7.23 juta orang). – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top