6 korban kemalangan di lebuh raya PLUS – Bomba

6 korban kemalangan di lebuh raya PLUS – Bomba


Alor Gajah: Enam termasuk pemandu bas persiaran maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 203.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, berhampiran susur keluar Plaza Tol Simpang Ampat di sini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan nahas itu pada 8.45 malam tadi.

Katanya, kemalangan membabitkan Toyota Estima dinaiki lapan penumpang termasuk tiga kanak-kanak, bas persiaran yang membawa 29 penumpang termasuk dua pemandu dan treler dinaiki pemandu serta kelindan.

“Dua jentera masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh dan BBP Alor Gajah dengan keanggotaan 27 orang termasuk komander operasi bergegas ke lokasi kejadian.

“Setakat ini lima mangsa yang menaiki Toyota Estima dan pemandu bas persiaran disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

Menurutnya, operasi menyelamat dan mengeluarkan mangsa yang terbabit masih dijalankan pasukan penyelamat.

“Mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Susulan kejadian itu, laluan terhalang di lebuh raya berkenaan dari Ayer Keroh menghala Simpang Ampat, menyebabkan trafik arah utara terhenti lebih 10 kilometer.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top