68 peratus jemaah sudah sampai

68 peratus jemaah sudah sampai



husain@hmetro.com.my

Makkah: Seramai 21,517 jemaah haji atau 68 peratus daripada keseluruhan 31,600 jemaah sudah tiba di Tanah Suci Makkah setakat Khamis, 30 Mei 2024, ia termasuklah jemaah yang tiba dari Madinah.

Ketua Rombongan Haji, Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, kesemua jemaah kini sudah berada di Makkah dan sedang menumpukan kepada ibadah.

“Sehubungan itu, sebanyak 70 daripada 100 penerbangan sudah selamat sampai di Madinah dan Makkah dengan 38 penerbangan menggunakan pesawat Malaysia Airlines dan 32 lagi menggunakan pesawat Saudi Arabia

Kesemua 47 penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)ke Madinah sudah selesai dengan penerbangan terakhir tiba pada 25 Mei lalu,” katanya.

“Baki 30 penerbangan sedang menunggu giliran untuk berangkat sebelum tiba hari wukuf pada 15 Jun depan. Kepada bakal-bakal haji yang akan tiba disarankan supaya mengambil vaksin pneumonia dan influenza sebagai persediaan kerana wabak itu senang berjangkit,” katanya lagi kepada Petugas Media TH, di sini semalam.

Sementara itu, seramai 62 jemaah haji Malaysia kini menerima rawatan ekoran pelbagai masalah kesihatan, daripada jumlah terbabit 10 orang jemaah dirawat di hospital Arab Saudi, manakala selebihnya di rawat di Pusat Rawatan Tabung Haji.

Katanya, semua pesakit berkenaan dimasukkan ke hospital selepas mengalami penyakit seperti jangkitan paru-paru (pneumonia), kencing manis, darah tinggi dan penyakit berkaitan haba serta cuaca.

“Bagaimanapun, mereka kini dalam keadaan stabil dan sedang mendapatkan rawatan. Justeru bagi mereka yang sudah berada di Tanah Suci, saya ingin mengingatkan agar terus menjaga kesihatan lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca yang agak panas,” katanya lagi.

Pada masa sama, Syed Saleh turut mengingatkan kepada jemaah haji untuk menjaga kesihatan masing-masing dan mendapatkan rawatan ke klinik dengan kadar segera sekiranya mula berasa tidak sihat.

“Cuaca masa kini memudahkan penyakit berjangkit. Kebanyakan yang dimasukkan ke hospital besar terdiri daripada daripada mereka yang terkesan akibat jangkitan paru-paru.

Oleh itu, bagi mereka yang sudah dijangkiti dan kurang sihat, saya tekankan agar jemaah pergi ke klinik di maktab yang telah disediakan untuk mendapat rawatan awal supaya penyakit tidak melarat.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top