Jinan: Tujuh orang maut dan empat lagi cedera dalam kemalangan keracunan gas di sebuah syarikat bioteknologi di wilayah Shandong, timur China, pada Sabtu, menurut pihak berkuasa tempatan pada Ahad, lapor Xinhua.
Kemalangan itu berlaku 1.30 tengah hari Sabtu di syarikat bioteknologi Weifang Jinshi, kata biro pengurusan kecemasan Bandar Shouguang.
Mangsa yang cedera kini berada dalam keadaan stabil, tambah biro itu, sambil menyatakan bahawa siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian.
© New Straits Times Press (M) Bhd