am@hmetro.com.my
Kluang: “Aidilfitri ini paling bermakna buat kami kerana dapat beraya di rumah sewa dan memakai baju raya baharu selepas tujuh tahun hidup dalam timbunan sampah,” kata Oya.
Oya, 37, berkata, buat kali pertama kehidupannya bersama empat anak-anak berusia tujuh hingga 13 tahun berubah daripada daif ke lebih selesa.
“Sebelum ini saya dan anak-anak tak dapat menyambut hari raya seperti orang lain kerana rumah sewa itu dipenuhi timbunan sampah.
“Nak beli baju raya untuk anak anak pun saya tak mampu kerana gaji kecil (upah membuat colok RM65 sehari) dan saya utamakan perbelanjaan makanan serta sekolah mereka.
“Saya faham mungkin ada yang mencaci dan jijik dengan keadaan rumah lama saya itu. Saya tidak menyalahkan mereka.
“Tetapi kali ini kami tak sabar hendak memakai baju baharu dan tunggu tetamu datang serta menjamu mereka dengan hidangan hari raya,” katanya yang ditemui di sini semalam.
Katanya, dia mahu berterima kasih dengan semua pihak termasuk komuniti Kluang Bahagia yang bersusah payah membantunya sekeluarga keluar dari kedaifan ke kehidupan baharu sekarang.
“Saya dan anak-anak semakin bahagia dan tenang menjalani kehidupan baharu. Saya berazam tidak mahu lagi anak-anak hidup susah seperti dahulu,” katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Khairin-Nisa Ismail berkata, Tabung Bantuan Segera (TBS) sebanyak RM300 juga sudah diluluskan bagi meringankan beban penerima
“BKK itu untuk tiga anak penerima yang berusia 12, sembilan dan tujuh tahun dan selepas 12 bulan biasanya BKK akan diteruskan.
“Anak sulungnya yang berusia 13 tahun sudah menerima elaun pendidikan khas,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd