85 bas bawa penyokong JDT ke Bukit Jalil

85 bas bawa penyokong JDT ke Bukit Jalil


SEBANYAK 85 bas bakal berangkat ke Stadium Nasional Bukit Jalil membawa penyokong menyaksikan final Piala Malaysia bagi pertembungan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sri Pahang FC, Sabtu ini.

Timbalan Presiden Kelab Penyokong Bolasepak JDT (KBJDT), Mohd Fadzli Sapie berkata, pihaknya telah membuat persiapan awal sebaik sahaja JDT disahkan layak ke final termasuk urusan pendaftaran penyokong, pembelian tiket dan penyediaan bas.

“Setakat ini KPBJDT menyediakan 15 bas melibatkan penyokong dari Segamat, Pontian dan Kulai.

“Kita juga akan bergabung dengan kelab penyokong lain termasuk Boys Of Straits (BOS), menjadikan keseluruhan 85 bas menuju ke stadium,” katanya.

Mohd Fadzli

Mohd Fadzli

Tambah Mohd Fadzli, pihaknya juga bersedia menambah bilangan bas sekiranya masih ada penyokong yang ingin mendaftar kerana peruntukan tiket dan bas masih mencukupi.

Bagaimanapun, beliau mengakui sambutan kali ini agak perlahan berbanding aksi akhir Piala FA sebelum ini.

“Kita membeli tiket berdasarkan jumlah penyertaan yang mendaftar sahaja dan tidak mahu ambil risiko membeli tiket tanpa kepastian peserta.

“Tahun ini memang tiada aktiviti khas (perhimpunan) dianjurkan, namun semua penyokong akan berkumpul di Stadium Larkin seawal jam 7 pagi untuk sesi taklimat dan pengesahan peserta sebelum menaiki bas masing-masing.

“Setiap bas disediakan dua kru bagi memastikan perjalanan pergi dan balik berjalan lancar termasuk jadual persinggahan makan, solat dan tandas selain kawalan di stadium nanti,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyuarakan harapan seluruh penyokong Harimau Selatan untuk melihat pasukan kesayangan mereka membawa pulang kejuaraan musim ini.

“Walaupun nampak harapan cerah untuk memang, namun kami tidak sesekali memandang rendah keupayaan pasukan Sri Pahang kerana dalam bola sepak apa-apa pun boleh terjadi,” ujarnya.



Source link

OR

Scroll to Top