Lebih 26,000 surat tawaran haji 2026 dikeluarkan Tabung Haji

Lebih 26,000 surat tawaran haji 2026 dikeluarkan Tabung Haji


Mohd. Hisham (dua dari kiri) pada Majlis Pra Pelancaran KHUP 4 di Menara Ilham, Kuala Lumpur baru-baru ini. Foto Bernama

LEBIH 26,000 surat tawaran haji bagi musim 1447H/2026 telah dikeluarkan Lembaga Tabung Haji (TH), selepas bakal jemaah memenuhi syarat simpanan minimum RM15,000 dalam akaun masing-masing.

Ketua Jabatan Haji TH, Mohd Hisham Harun berkata, surat tawaran hanya dikeluarkan apabila bakal jemaah memenuhi keperluan istito’ah merangkumi aspek kewangan dan kesihatan.

“Jika giliran jatuh pada tahun ini tetapi simpanan belum mencapai RM15,000, TH tidak akan mengeluarkan surat tawaran. Ini memastikan jemaah benar-benar bersedia tanpa beban kewangan,” katanya pada sidang media Majlis Prapelancaran Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan Ke-4 (KHUP4) di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mohd Hisham berkata, daripada kira-kira 45,000 bakal jemaah yang sampai giliran untuk musim ini, mereka masih mempunyai ruang menambah simpanan bagi melayakkan diri menerima tawaran haji.

TH turut membuka rayuan dengan keutamaan kepada tiga kategori, rayuan mahram, pengiring bagi jemaah berusia 75 tahun ke atas dan jemaah orang kurang upaya (OKU), manakala permohonan lain dipertimbangkan berdasarkan merit.

Terdahulu, TH bersama BUMITRA Malaysia mengumumkan bahawa KHUP4 akan berlangsung dari 28 hingga 30 November ini di Movenpick Hotel & Convention Centre, Sepang, sebagai platform masyarakat mendapatkan maklumat telus mengenai pakej haji, umrah dan pelancongan daripada 34 Pengelola Jemaah Haji (PJH) berlesen, termasuk tiga agensi baharu.

Karnival turut menampilkan pameran, sesi bual bicara, simulasi Haji Cilik, pertandingan mewarna serta persembahan artis nasyid seperti Raihan, Inteam dan Mawi. – Bernama

Ringkasan AI

  • LEBIH 26,000 surat tawaran haji bagi musim 1447H/2026 telah dikeluarkan Lembaga Tabung Haji apabila bakal jemaah memenuhi syarat simpanan minimum RM15,000 Surat tawaran hanya dikeluarkan apabila bakal jemaah memenuhi keperluan istito’ah yang merangkumi aspek kewangan dan kesihatan Daripada kira-kira 45,000 bakal jemaah yang sampai giliran, mereka masih mempunyai ruang untuk menambah simpanan bagi melayakkan diri menerima tawaran haji TH membuka rayuan dengan keutamaan kepada tiga kategori; rayuan mahram, pengiring bagi jemaah berusia 75 tahun ke atas dan jemaah orang kurang upaya Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan Ke-4 berlangsung dari 28 hingga 30 November di Movenpick Hotel & Convention Centre, Sepang membantu masyarakat mendapatkan maklumat mengenai pakej haji, umrah dan pelancongan



Source link

OR

Scroll to Top