Penyanyi Ina Naim mengakui episod putus tunang merupakan titik terendah dalam hidupnya.
Menerusi satu podcast, Ina berkata dia berdepan pelbagai kecaman daripada masyarakat yang menganggap dirinya menjadi punca perpisahan tersebut.
BACA: Mawi Tiada Masalah Duet Dengan Anak Ina Naim
“Titik terendah itu, tak ada yang tinggi… semua rendah la. Masa putus tunang la kot sebab kesilapan itu bukan daripada kita. Tapi bila netizen mengatakan kita yang berlebih-lebih tu, kak Ina tak ada siapa melainkan Allah. Kak Ina mengadu.
“Kak Ina cakap ‘Kau yang Maha Kaya Ya Allah, Kau tunjukkan kepada orang bahawasannya aku ini bukanlah buat kesilapan itu dan bukan aku sebenarnya’.
“Kak Ina minta ‘Kau tunjukkanlah pada orang yang selalu mengkritik, menganggap punca-puncanya daripada kita,” katanya.
Sementara itu, Ina berkata usianya yang muda ketika itu menyebabkan dia belum cukup matang untuk menghadapi ujian berkenaan.
“Pada itu pun iman tak berapa kuat. Muda lagi. Itu adalah satu ujian tapi Kak Ina selalu ambil secara positif la. Ini semua apa yang berlaku disebabkan dosa-dosa kita.
“Sebenarnya Allah nak ampunkan dosa kita. Kita kembali semula kepada Allah, benda itu jadi tenang,” katanya.
Terdahulu, hubungan Ina dan Mawi menjadi perhatian ramai bagaimanapun ikatan pertunangan mereka tidak bertahan apabila berakhir pada Julai 2006.
Sumber: Instagram myaudioplus






