Bye-Bye Kebimbangan Bateri! HONOR Magic8 ‘Pilihan Sempurna’ Lain Berbanding iPhone!

Bye-Bye Kebimbangan Bateri! HONOR Magic8 ‘Pilihan Sempurna’ Lain Berbanding iPhone!


Gempak! HONOR baru sahaja melancarkan flagship terbaru mereka, HONOR Magic8 Pro, di Malaysia. 

Selain harga yang memang (confirmed!) buat korang rambang mata dan hadiah percuma yang menarik, yang betul-betul buat semua tergamam pada majlis pelancaran ialah proposisi nilai yang dibawanya.

HONOR Magic8 Pro ni bukan dibuat untuk menyaingi iPhone 17 secara direct, tapi ia datang dengan tawaran yang JAUH berbeza. Amacam? Steadyyy kan?

Kenapa Tak Nak jadi Macam iPhone 17?

Justin Li, Presiden HONOR Pasifik Selatan, ada menyatakan bahawa HONOR Magic8 Pro ni takde niat pun nak replace iPhone 17. Beliau akui, iPhone memang ada keistimewaan dia sendiri dari segi ekosistem dan sistem asas. TAPI, ada segmen pengguna yang besar kat luar sana yang utamakan benda lain iaitu:

1. Fotografi Mobile Power!
2. Sambungan Rangkaian Kena Stabil
3. Tak Nak Pening Kepala dengan Bateri Kong
4. Paparan Kena Mesra Mata
5. Kos Maintenance Tak Nak Mahal

Untuk user jenis ni, Mr. Li yakin menyatakan, HONOR Magic8 Pro adalah pilihan yang SANGAT SEMPURNA. Jom kita zoom in kenapa!

Kamera: Bukan Sekadar Zoom, Tapi Kelas World!

Magic8 Pro ni dipilih sebagai Peralatan Fotografi Mobile Pilihan Sempena Kempen Visit Malaysia 2026 tau! Power tak power?

Ia datang dengan Telefoto 200MP yang ada penstabilan CIPA 5.5 iaitu standard industri tertinggi! Memang confirm gambar tak blur walaupun tangan gigil.

Bukan tu je gais, tiga enjin pencitraan eksklusif buat prestasi dia power dalam semua senario: malam, makro, potret, telephoto…Confirm lagi mantap dari iPhone!

Paling best adalah Ciri Magic Color AI! Korang boleh ‘copy’ gaya warna dari mana-mana gambar yang korang suka, dan apply terus kat gambar korang. Memang boleh level up kreativiti!

Line Tak Mati, Connection Memang Padu

Siapa jer yang tak geram bila line kejap ada kejap hilang dalam lif, parking underground atau mall sesak? Jangan risau, HONOR ada penyelesaian!

Magic8 Pro inject Cip RF C1+ yang diorang develop sendiri tau. Jadi, resultnya? Prestasi Wi-Fi naik 15%, kekuatan isyarat penghantaran naik 90%, dan sensitiviti penerimaan naik 108%!

Kesimpulannya…sambungan rangkaian korang akan lebih stabil dan boleh dipercayai walau kat mana pun korang berada. Bye-bye ‘Searching for signal’.

Bateri Raksasa + Pengecasan Kilat!

Ini memang game changer. Kebimbangan bateri? Dah tak wujud dalam kamus Magic8 Pro.

Dah confirm iPhone 17 tak boleh lawan punyer sebanya Magic8 Pro dibekalkan dengan Bateri Silikon Karbon 7100mAh yang super besar! Guna heavy-duty pun, senang-senang tahan lebih sehari.

Kelajuan mengecas pun gila! Mind blowing weh sebabnya ia menyokong HONOR SuperCharge berwayar 100W dan tanpa wayar 80W. Boleh penuh 100% secara wireless dalam sejam je! (iPhone’s max charging speed who?)

Pendek kata: Bateri besar, cas lagi laju. Memang gabungan idaman!

Tahan Lasak Macam Tank + Waranti Terbaik

Kuat macam mana? Level ketahanan Magic8 Pro ni memang another level sebabya ia dilindungi NanoCrystal Shield, yang beri ketahanan jatuh 10 kali ganda lebih baik. Dah dapat anugerah SGS 5-Star Drop Resistance lagi!

Paling rare, Magic8 Pro ini dapat penarafan IP68, IP69, dan IP69K (full distance). Boleh guna dekat pantai, dapur, bengkel, kena hujan, memang no hal! (iPhone 17 Pro cuma IP68 je).

Untuk tambahkan ketenangan fikiran korang, HONOR bagi free sekali perlindungan kerosakan hadapan dan belakang tidak sengaja 365 hari, waranti kerosakan cecair 1 tahun dan waranti lanjutan 1 tahun.

Kesimpulannya, HONOR Magic8 Pro ni bukan clone iPhone, tapi ia menawarkan pengalaman flagship yang spesifik dan power gila. Kalau korang utamakan kamera best, bateri tahan lama, connection stabil, dan ketahanan luar biasa tanpa perlu risau kos maintenance mahal, this is it!






Source link

OR

Scroll to Top