Penyanyi Nubhan dan bekas isterinya, Dr Afifah Hidayah telah pun sah bercerai talak dua di Mahkamah Rendah Syariah Sepang hari ini.
Memetik mStar Online, Dr Afifah dipercayai sudah selesai menjalani tempoh edah selepas lafaz cerai kali kedua berlaku pada 26 Ogos lalu.
BACA: Ibu Dr Fie Syukur Nubhan Beri Hak Hadanah Penuh Kepada Anak
“Nubhan mengesahkan dua lafaz cerai di luar mahkamah dan mahkamah telah sahkan lafaz cerai pertama pada 19 Januari 2017 dan rujuk pada 21 Januari 2017. Untuk lafaz kedua cerai berlaku pada 26 Ogos 2025.
“Mahkamah mengesahkan dua lafaz cerai dan rujuk tersebut. Dr Fie diperintahkan untuk melalui proses idah bermula 26 Ogos dan kemungkinan telah habis,” kata peguam mewakili Nubhan.
Sementara itu, peguam mewakili Dr Fie iaitu Datuk Akberdin berkata pihaknya sedia untuk berunding dengan Nubhan berkaitan harta sepencarian, mutaah dan nafkah anak.
Untuk rekod, Nubhan dan Dr Fie mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015. Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata Aafiya, Ahmad Aaffan dan Afzan Nayille.
Sumber: mStar Online






