DUDUK PLAYGROUND Dah Kembali, Hujung Tahun & New Year Korang Terus Jadi Gempak!

DUDUK PLAYGROUND Dah Kembali, Hujung Tahun & New Year Korang Terus Jadi Gempak!


Hujung tahun ni nampaknya korang tak perlu ke pantai atau naik gunung semata-mata nak cari vibe percutian yang chill. Ada satu festival yang bawakan suasana camping, makanan best, dan countdown tahun baru, semuanya dalam satu tempat je, iaitu DUDUK PLAYGROUND Edisi Cuti di Majestic Labs @ Semenyih! 

Bayangkan suasana ala perkhemahan tapi versi moden, dengan lampu berkelip, muzik santai dan port makan yang confirm buat korang tak nak balik awal.

Festival lima hari ni akan berlangsung selama dua hujung minggu berturut-turut, dari 20 hingga 21 Disember 2025 dan 27 hingga 28 Disember 2025 , bermula jam 4 petang sehingga 11 malam.

Kemuncaknya, malam tahun baru 31 Disember 2025 versi khas yang akan berlangsung dari 6 petang hingga 1 pagi. 

Tempat ni akan jadi tumpuan ramai sebab konsepnya lain daripada biasa, dengan tema “Selamat Datang ke Kem Lalala” yang penuh aktiviti dan vibe yang korang takkan jumpa dekat event lain.

Mula-mula sekali, jangan lupa daftar online dulu sebab korang boleh dapat hadiah misteri*.

Lepas register, terus ambil Bingo Experience Card dekat kaunter buat mission simple-simple, kumpul cop, dan boleh redeem hadiah special*. Senang je, jalan sambil main, main sambil dapat hadiah*.

Lepas korang daftar online dan ambil Bingo Experience Card dekat kaunter, terus boleh mula jelajah setiap sudut acara ni, dan percaya la, tiap kawasan ada vibe dia sendiri.

Mula-mula, confirm korang akan tertarik ke kawasan DUDUK Makanan & Shop. Bau makanan sedap kiri kanan, pilihan makanan penuh menggoda, dan sambil makan, boleh pula “ter”singgah kedai-kedai pop up kecil yang jual barangan menarik. Ibarat walking food trip, makan sambil shopping, shopping sambil makan. Mood memang terus naik.

Dari situ, korang boleh lepak kejap dekat Campers’ Stop & DUDUK Mobile. Tempat ni memang dibuat untuk bergambar, dekor ala camping, lighting lembut, vibe cozy habis. Duduk, tangkap gambar, dan nikmati suasana. Kadang-kadang dah cukup untuk buat korang rasa macam tengah short getaway.

Kalau nak vibe lebih tenang, jalan sikit je sampai ke kawasan Twilight Zone. Tempat ni memang perfect untuk santai & bersembang, angin malam, lampu cantik, dan suasana lembut yang buat korang rasa macam dalam scene drama. Duduk sini sekejap pun rasa therapeutic.

Lepas recharge, boleh terus join aktiviti dekat Camp Games & Ruang Kraf. Dekat sini memang fun, ada permainan ringan yang buat korang gelak, dan juga ruang kraf untuk sesi kreatif yang tak ambil tenaga tapi buat hati happy. Aktiviti macam ni memang sesuai untuk semua peringkat umur, dari kids sampailah adults.

Bila masuk waktu puncak, korang akan perasan crowd mula berkumpul, itu tanda DUDUK Hour dah nak mula. Ini part paling kecoh, sebab semua orang join games sama-sama. Suasana meriah, gelak tawa tak berhenti, dan energy dia memang buat korang lupa penat.

Bila malam makin cantik, korang boleh terus ke kawasan DUDUK Jams. Muzik akustik yang merdu di waktu siang bertukar kepada rentak DJ santai waktu malam. Vibes dia memang tepat, tak keterlaluan, tapi cukup untuk buat korang stay sampai habis sambil feel good.

Jangan tak tahu, Kotak Misteri DUDUK Buddies ni memang antara benda yang paling ramai tunggu dekat festival nanti.

Bila korang buka kotak tu, memang automatik rasa happy sebab setiap karakter ada charm dan personality yang berbeza. Ada yang playful, ada yang chill, ada yang muka innocent tak boleh tahan comel.

Yang buat lagi best, elemen surprise tu. Korang takkan tahu plushie mana yang korang bakal dapat dan itu yang buat momen unboxing tu rasa special. 

Dalam banyak-banyak karakter, ada satu yang rarer daripada biasa. Jadi kalau korang berjaya dapat yang tu, confirm jadi bragging rights dekat geng.

Paling ditunggu-tunggu, malam 31 Disember. Countdown* masuk 2026  dekat sini memang lain macam! Bukan sekadar muzik dan makanan, tapi keseluruhan suasana yang betul-betul feel good.

Bayangkan: sambut tahun baru bawah langit gelap yang cantik, angin malam sepoi-sepoi, dan crowd yang semuanya datang dengan niat yang sama. Nak rasa tenang, happy dan bebas sebelum masuk tahun baru. 

Lagi best masuk percuma! Tak perlu beli tiket mahal, tak perlu pening plan jauh-jauh. Datang je dengan geng, partner atau family. Biar hujung tahun ni jadi masa untuk korang rehat sekejap daripada chaos dunia, gelak, ambik gambar cantik dan nikmati detik terakhir 2025 dengan hati yang ringan.

Oh ya, satu lagi benda yang buat hidup lebih senang kalau tak nak risau pasal parking atau jalan jauh, korang boleh je naik Grab.

Guna kod promosi*: DUDUK2255 dan dapat RM10 diskaun terus. Senang, selamat, sampai terus depan event. Memang win!

Kadang-kadang, moment paling best bukan dari tempat fancy, tapi dari tempat yang ada vibe yang betul.
Kali ni vibe tu memang tengah tunggu korang dekat sini.

Pre-register sini: https://wa.link/5eqddv

*Tertakluk kepada terma & syarat
*Agenda acara dan pertunjukan bunga api tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal.






Source link

OR

Scroll to Top