Bekas isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah berkata selepas ini tanggungawab terhadap anak-anak menjadi keutamaan namun bersyukur ada keluarga yang memberikan sokongan.
Memetik Oh Bulan, Dr Fie berkata dia mengakui banyak cabaran sebagai itu tunggal apatah lagi sebelum ini ada sokongan daripada suami namun kini perlu lakukan semua sendiri.
BACA: “Kami Masih Boleh Berkawan Baik, Tiada Siapa Kahwin Mahukan Perceraian”
“Walaupun kami sudah berpisah, saya masih memikul tanggungjawab besar terhadap anak-anak. Saya masih ada sokongan kuat daripada keluarga, terutamanya kerana saya masih ada ayah.
“Jadi saya rasa memang banyak cabaran untuk menjadi seorang ibu tunggal. Tapi saya sudah banyak bersama dan bergaul dengan ramai ibu tunggal lain.
“Jadi saya rasa saya sedang belajar langkah demi langkah tentang bagaimana menguruskan keluarga sendiri. Sebelum ini kita ada sokongan daripada suami, sekarang kita perlu lakukan semuanya sendiri,” katanya.
Sementara itu, Dr Fie berkata dia masih berkhidmat sebagai pengamal perubatan di sebuah klinik di Seremban dan dalam masa sama ada bekerja di luar.
“Sekarang saya masih berkhidmat di klinik saya iaitu Klinik Lantara dekat Seremban. Tak ada gangguan lagi setakat ini tentang klinik saya. Jadi saya masih bekerja di sana, dan dalam masa sama saya juga ada juga bekerja di luar,” katanya.
Sumber: Oh Bulan






