“Kami Masih Boleh Berkawan Baik, Tiada Siapa Kahwin Mahukan Perceraian”

“Kami Masih Boleh Berkawan Baik, Tiada Siapa Kahwin Mahukan Perceraian”

“Kami Masih Boleh Berkawan Baik, Tiada Siapa Kahwin Mahukan Perceraian”


Penyanyi Nubhan berkata dia tiada masalah untuk berkawan baik dengan bekas isterinya, Dr Afifah Hidayah demi anak-anak mereka.

Memetik mStar Online, Nubhan berkata fokus mereka selepas ini adalah untuk membesarkan anak-anak dengan baik.

BACA: Nubhan, Dr Fie Sah Bercerai Talak Dua

“Saya rasa tak ada masalah untuk berkawan, hubungan kami diharapkan masih baik. Fokus kami adalah untuk menjaga kebajikan anak dan besarkan mereka dengan baik, InsyaAllah,” katanya.

Sementara itu, Nubhan bersyukur proses perceraian berjalan dengan lancar namun tiada siapa yang berkahwin mahukan perceraian serta meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik untuk mereka.

“Saya tak boleh komen perkara (perasaan sayang) ini. Kami nak yang baik-baik sajalah. Perkara ini (perceraian) tiada siapa yang nak. Siapa inginkan perkara ini berlaku, katanya.

Sumber: mStar Online






Source link

OR

Scroll to Top