Shamsul Iskandar, Albert Tei tiba di mahkamah, dijangka hadapi 4 pertuduhan hari ini

Shamsul Iskandar, Albert Tei tiba di mahkamah, dijangka hadapi 4 pertuduhan hari ini

Shamsul Iskandar, Albert Tei tiba di mahkamah, dijangka hadapi 4 pertuduhan hari ini


am@hmetro.com.my

Foto Aswadi Alias

Kuala Lumpur: Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan ahli perniagaan, Albert Tei tiba di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, pada 8.03 pagi.

Keduanya tiba dengan van Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan diiringi pegawai agensi berkenaan.

Difahamkan, kedua tertuduh masing-masing akan hadapi empat pertuduhan di Mahkamah Seysyen, hari ini.

Shamsul akan didakwa menerima suapan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009, manakala Albert Tei pula bakal didakwa memberi suapan mengikut Seksyen 17(b) akta sama.

Difahamkan, prosiding pertuduhan terhadap kedua-duanya dijalankan secara berasingan.

Sementara itu, kedua tertuduh juga dijangka menghadapi satu lagi pertuduhan tambahan di Mahkamah Sesyen Shah Alam esok.

Semalam, Harian Metro melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dipetik berkata, kertas siasatan membabitkan kedua individu terbabit sudah selesai dan masing-masing akan berdepan lima pertuduhan mengikut Akta SPRM 2009.

Menurutnya, siasatan bermula 26 November lalu susulan laporan sebuah portal berita, sebelum kes diklasifikasikan sebagai berkepentingan awam kerana membabitkan pegawai kanan kerajaan dan mendapat liputan meluas dalam serta luar negara.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top