Salah kekal buruan utama kelab Arab Saudi

Salah kekal buruan utama kelab Arab Saudi


BINTANG sensasi Liverpool, Mohamed Salah dilaporkan kekal berada dalam radar kelab-kelab Liga Pro Saudi walaupun berdepan kemerosotan prestasi bersama The Reds musim ini.

Salah sebelum ini menolak tawaran mega bernilai £500 juta (RM2.8 bilion) untuk berhijrah ke Timur Tengah demi menandatangani kontrak lanjutan dua tahun bersama Liverpool pada penghujung musim lalu.

Bagaimanapun, sumber memberitahu media antarabangsa bahawa pihak pengurusan kelab Arab Saudi kekal komited untuk merekrut penyerang kelahiran Mesir itu pada masa akan datang.

Pemain berusia 33 tahun itu dilihat gagal mengulangi prestasi cemerlang seperti ketika membantu Liverpool menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim lalu, malah beliau digugurkan ke bangku simpanan ketika kemenangan 2-0 menentang West Ham, Ahad lalu.

Situasi semasa ini menimbulkan spekulasi bahawa perpindahan tersebut mungkin dihidupkan semula seawal musim panas depan.

Difahamkan, gergasi Saudi, Al Hilal kekal menjadi pesaing utama untuk mendapatkan khidmat Salah, namun kelab Al-Qadsiah turut menyatakan minat yang serius.

Dalam perkembangan lain, selain Salah, kelab Arab Saudi dilaporkan telah mula mengusahakan perjanjian untuk membawa bintang Real Madrid, Vinicius Junior ke Arab Saudi.

Tawaran tersebut dijangka menjadikan beliau pemain bola sepak dengan bayaran tertinggi di dunia.

Ringkasan AI

  • BINTANG sensasi Liverpool, Mohamed Salah dilaporkan kekal berada dalam radar kelab-kelab Liga Pro Saudi walaupun berdepan kemerosotan prestasi
  • Salah menolak tawaran mega bernilai £500 juta (RM2.8 bilion) untuk berhijrah ke Timur Tengah demi menandatangani kontrak lanjutan dua tahun bersama Liverpool
  • Pengurusan kelab Arab Saudi kekal komited untuk merekrut penyerang kelahiran Mesir itu pada masa akan datang
  • Beliau dilihat gagal mengulangi prestasi cemerlang musim lalu dan digugurkan ke bangku simpanan ketika kemenangan 2-0 menentang West Ham
  • Spekulasi mengenai perpindahan Salah mungkin dihidupkan semula seawal musim panas depan



Source link

OR

Scroll to Top