Ubai Ajar Shila Amzah Hidup Macam Orang Biasa

Ubai Ajar Shila Amzah Hidup Macam Orang Biasa

Ubai Ajar Shila Amzah Hidup Macam Orang Biasa


Penyanyi Shila Amzah berkata dia kini selesa hidup secara sederhana dan tidak bermewah bersama suaminya, Ubai serta anak-anak.

Memetik mStar Online, Shila berkata Ubai banyak mengajar mengenai erti sebenar kehidupan dan dia juga dapat melakukan bermacam aktiviti serta seronok dapat menjadi orang biasa.

BACA: “Pertama Kali Jadi Mak Pengantin, Salam Kaut Orang Kasi Dekat Kita” – Shila Amzah

“Saya ni jenis tak bergaul sangat dan bila sudah berkahwin suami yang banyak ajar semua perkara, malah macam-macam juga aktiviti saya buat yang dulu tak sempat buat. 

“Sangat menyeronokkan bila dapat jadi orang biasa ni sebab kebiasaanya kalau artis kena pakai barang mewah tapi bila dengan Ubai ni beri peluang hidupkan kembali kehidupan seperti orang biasa,” katanya.

Sementara itu, Shila berkata dia tidak pernah menaiki motosikal dan suami akan membawanya. Tambahnya lagi, suaminya turut mengajar untuk tidak boros sebaliknya menyimpan untuk di hari tua.

“Tak pernah naik motor jadi suami akan bawa, benda tu rasa macam seronok malah saya okay saja kalau hidup sederhana sebab tak semestinya bahagia itu perlu dilihat macam megah atau mewah,”katanya.

Sumber: mStar Online






Source link

OR

Scroll to Top