Pelawak Atu Zero mengakui kemelut antaranya dengan abangnya, Syarif masih belum pulih dan hampir dua tahun mereka tidak bertegur.
Memetik Astro Gempak, Atu berkata belum ada usaha serius dilakukan oleh mana-mana pihak untuk menyelesaikan kemelut berkenaan.
BACA: Atu Pernah Hidup Gelandangan, Hampir Terjebak Dadah
“Masih lagi dalam keadaan kekalutan di mana kami belum jumpa lagi kata putus untuk melakukan apa-apa. Sudah hampir dua tahun kami tidak bertegur, saya tak pasti jika dia ada bertegur dengan keluarga atau tidak,” katanya.
Sementara itu, Atu berkata hubungannya dengan seorang lagi abang iaitu Melati masih dalam keadaan baik dan sebagai abang sulung, Melati ada memberikan nasihat.
“Tetapi saya dengan abang saya, Melati (Saiful) baik-baik sahaja. Baru-baru ini kami pun ada bekerja sama-sama. Dengan Melati tak ada isu tapi dengan yang lagi satu lah kot… tapi kalau tanya saya, bukan salah saya.
“Melati ada hantar emoji di group WhatsApp kami, dia tidak cakap apa-apa, no komen. Cuma dia abang sulung jadi dia tahu mana yang terbaik untuk kita adik-beradik.
“Jadi abang sulung ini dia banyak berdiam tetapi dia juga ada banyak bagi nasihat, apa-apa pun kerja kita tetap kita buat,” katanya.
Dalam pada itu, Atu berkata dia akan tetap profesional jika ditakdirkan kembali bekerjasama di atas pentas bersama Sharif.
“Kalau kita satu hari nanti direzekikan untuk bekerjasama atas pentas bersama, kita profesional, kerja buat macam biasa. Melati cakap apa-apa pun jangan bergaduh, bergaduh lah. Siapa rasa bersalah minta maaf,” katanya.
Sumber: Astro Gempak






