CONBOO taja ABPBH untuk perluas manfaat kecantikan

CONBOO taja ABPBH untuk perluas manfaat kecantikan


KUALA LUMPUR: Jenama produk kecantikan terkemuka, CONBOO dilantik sebagai penaja utama untuk acara anugerah hiburan Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-36.

Kerjasama strategik ini menandakan pencapaian penting bagi jenama tersebut, di samping memperkukuh komitmen serta meningkatkan keyakinan dan kecantikan melalui produk inovatif mereka.

Dengan tagline “Inspirasi Keyakinanmu,” CONBOO memperkenalkan produk terbaru mereka, Beau3 Milk. 

Makanan tambahan premium untuk kecantikan ini dihasilkan dengan gabungan bahan-bahan mewah seperti ekstrak sarang burung, serbuk mutiara, vitamin C, glutathione, ekstrak kurma, madu manuka, ekstrak biji anggur, susu kambing dan stevia.

Beau3 Milk menawarkan empat perisa premium iaitu strawberi, melon, pisang dan coklat sambil mempromosikan gaya hidup sihat.

Hannah Delisha duta rasmi CONBOO

Dalam satu langkah strategik untuk mengukuhkan lagi pengaruhnya dalam industri hiburan dan fesyen tempatan, CONBOO melantik Hannah Delisha sebagai duta rasmi produk kecantikan mereka.

Populariti dan portfolio cemerlang artis serba boleh ini menarik minat banyak jenama besar.

Dengan pelantikan ini, Hannah berharap mampu mempertingkatkan imej CONBOO dengan kepakarannya dalam industri sekali gus mengangkat jenama tersebut ke tahap yang lebih tinggi.

Selain itu, kerjasama antara CONBOO dan Hannah dijangka akan memperkukuhkan lagi jenama kedua-dua pihak serta mempromosikan gaya hidup sihat dan kecantikan semula jadi.

Peraduan selfie dan menang

Bagi meraikan kerjasama menarik ini, CONBOO melancarkan peraduan “Selfie & Menang” yang berlangsung dari 15 September hingga 31 Disember 2024.

Peraduan interaktif dan menyeronokkan ini mengajak peserta untuk mempamerkan keyakinan dan transformasi mereka dengan Beau3 Milk.

Untuk menyertai peraduan Selfie & Menang, ikut langkah berikut:

  1. Beli sekurang-kurangnya satu jar Beau3 Milk daripada CONBOO.
  2. Muat naik selfie di feed Instagram dan akaun perlu set kepada public.
  3. Tag @conbooofficial dan gunakan tanda pagar #selfiebersamaconboo, #conbooinspirasikeyakinanmu dan #conbooabpbh36.

Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri kehebatan Beau3 Milk sambil menyertai pertandingan selfie CONBOO untuk memenangi Proton X70 dan pelbagai hadiah menarik yang lain.

Untuk maklumat lanjut, klik pautan ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top