Tunku Azizah berkenan cemar duli lawat bayi kembar tiga IVF tajaan TAFF di Hospital Melaka

Tunku Azizah berkenan cemar duli lawat bayi kembar tiga IVF tajaan TAFF di Hospital Melaka


Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar Al-Haj pada Jumaat berkenan bercemar duli berangkat melawat bayi kembar tiga yang dilahirkan menerusi rawatan persenyawaan tabung uji (IVF) tajaan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) di Hospital Melaka.

Dua bayi kembar kepada Mejar Mohd Fikry Amri Abd Halim dan Sabrina Hakiem Zaini iaitu Maryam Al Lubna dan Maryam Al Arwaa ditempatkan di wad penjagaan biasa.

Manakala Maryam Al Khawla kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) kerana perlu menjalani pembedahan jantung.

Lawat bayi kembar tiga

Lawat bayi kembar tiga

Dalam satu kenyataan di Facebook, baginda turut menzahirkan harapan agar pasangan berkenaan dapat menjaga anak-anak tanpa meletakkan mereka di bawah kawalan atau jagaan orang lain.

“Saya harap mereka jaga sendiri dan bersyukurlah Allah SWT kurniakan tiga anak sekaligus selepas diuji dengan kehilangan seorang anak sebelum ini,” titah baginda.

Artikel lain: Al-Sultan Abdullah terkejut, titah jangan ada kegiatan songsang di Pahang

Lawat bayi kembar tiga

Malah, baginda turut mendoakan agar anak-anak Mohd Fikry dan Sabrina membesar dengan baik dan sihat serta sentiasa dilimpahi kasih sayang sepenuhnya.

Pada Januari lalu, baginda selaku Pengasas dan Pengerusi Seumur Hidup TAFF dengan penuh keprihatinan menawarkan rawatan IVF percuma kepada pasangan itu yang kematian anak akibat kecuaian pengasuh di sebuah taman asuhan di Melaka.

Sumber: Facebook @Kesultanan Pahang





Source link

OR

Scroll to Top