Malaysia tuan rumah terbaik Kejuaraan E-Sukan Dunia Mobile Legends: Bang Bang

Malaysia tuan rumah terbaik Kejuaraan E-Sukan Dunia Mobile Legends: Bang Bang


Malaysia sekali lagi membuktikan kredibilitinya selaku hab utama sukan elektronik dunia apabila penganjuran Grand Final Kejuaraan E-Sukan Dunia Mobile Legends: Bang Bang (WEC) 2025 berlangsung dengan cukup teratur dan berjaya. Gambar kecil: Boban Totovski

MALAYSIA sekali lagi membuktikan kredibilitinya selaku hab utama sukan elektronik dunia apabila penganjuran Grand Final Kejuaraan E-Sukan Dunia Mobile Legends: Bang Bang (WEC) 2025 berlangsung dengan cukup teratur dan berjaya sejak bermula Rabu lalu hingga Ahad ini.

Setiausaha Agung Konfederasi E-Sukan Antarabangsa (IESF), Boban Totovski, menzahirkan pujian terhadap tahap penganjuran negara dan menyifatkan Malaysia sebagai antara tuan rumah terbaik yang pernah mengendalikan kejohanan bertaraf dunia itu.

Menurutnya, setiap perlawanan berjalan lancar tanpa sebarang isu besar, dengan kesemua peserta dan pasukan turut memberikan maklum balas positif mengenai fasiliti, pengurusan acara dan pengalaman keseluruhan sepanjang berada di Kuala Lumpur.

“Kami amat berpuas hati dengan kelancaran kejohanan ini. Malaysia membuktikan mereka mampu menguruskan acara bertaraf dunia dengan penuh profesional. Pasukan-pasukan yang bertanding juga memuji tahap penganjuran yang sangat baik,” kata Totovski.

Kejohanan berprestij itu dianjurkan oleh Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF) dengan sokongan penuh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) selepas Malaysia diberi kepercayaan oleh IESF untuk menjadi tuan rumah Grand Final WEC 2025.

Edisi kali ini menghimpunkan lebih 28 negara dengan penyertaan hampir 168 atlet serta pegawai antarabangsa yang bersaing dalam pelbagai kategori permainan kompetitif utama termasuk Mobile Legends: Bang Bang, antara judul paling popular di pentas global.

Dengan skala penganjuran yang begitu besar, WEC 2025 bukan sahaja muncul sebagai antara kejohanan e-sukan terbesar dunia, malah mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai habe-sukan global yang diyakini mampu menganjurkan acara mega serta menarik perhatian komuniti antarabangsa, media global dan pelabur industri digital.

Ringkasan AI

  • MALAYSIA sekali lagi membuktikan kredibilitinya sebagai hab utama sukan elektronik dunia dengan penganjuran Grand Final Kejuaraan E-Sukan Dunia Mobile Legends: Bang Bang (WEC) 2025
  • Setiausaha Agung Konfederasi E-Sukan Antarabangsa (IESF), Boban Totovski, memuji tahap penganjuran Malaysia sebagai antara tuan rumah terbaik
  • Perlawanan berjalan lancar tanpa isu besar dan peserta serta pasukan memberi maklum balas positif terhadap fasiliti serta pengurusan acara
  • Kejohanan ini dianjurkan oleh Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF) dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS)
  • Menghimpunkan lebih 28 negara dan hampir 168 atlet, WEC 2025 mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai habe-sukan global



Source link

OR

Scroll to Top