Polis buru suami pukul guru, langgar kereta abang ipar

Polis buru suami pukul guru, langgar kereta abang ipar


mhafis@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Polis sedang mengesan lelaki yang memukul isterinya yang juga seorang guru di kediaman mereka di Salak Selatan, di sini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, suspek masih belum ditahan dan sudah melarikan diri.

“Siasatan sedang dijalankan dan belum ada penahanan kerana dia sudah melarikan diri,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Harian Metro hari ini melaporkan beri alasan mahu keluar buang sampah menyelamatkan seorang guru daripada terus dipukul suaminya di kediaman mereka di Salak Selatan.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, polis menerima laporan dibuat guru berusia 26 tahun jam 12.20 tengah hari kelmarin.

Menurutnya, mangsa dipukul suaminya ketika berada di kediaman mereka dan bagi mengelak terus dipukul dia memberi alasan keluar rumah untuk membuang sampah sebelum melarikan diri.

“Abangnya yang memandu Mercedes membantu adiknya melarikan diri namun bertembung dengan suami mangsa,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top