Nabila Razali Kesal Lif Penuh Dengan Pasangan Nak Bermanja, Anak Muda Sihat

Nabila Razali Kesal Lif Penuh Dengan Pasangan Nak Bermanja, Anak Muda Sihat


Pelakon dan penyanyi Nabila Razali berkata dia kini lebih memahami mengapa ada golongan ibu bapa yang membawa anak kecil menggunakan stroller menyuarakan kekesalan apabila lif penuh.

Menerusi satu hantaran di Threads, Nabila berkata dia kini mula merasai sendiri situasi berkenaan dan kesal berikutan lif dipenuhi dengan pasangan muda yang mahu bermanja serta ada yang sihat tubuh badan.

BACA: “Jangan Cium..” – Majlis Akikah Anak Di Kelantan, Nabila Razali Mohon Tetamu Jaga Adab

“Saya jarang sekali bawa Muhammad keluar ke pusat beli-belah, baru-baru ini saja kerap. Sekarang baru saya faham bila ibu bapa yang bawa anak kecil dengan kereta sorong bayi marah sebab lif penuh. 

“Lagi pula penuh dengan pasangan nak bermanja-manja dalam lif atau anak muda yang sihat tubuh badannya,” tulisnya.

Perkongsian Nabila itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju serta ada yang mengatakan jika ditegur mereka akan melenting serta ada yang mengatakan tidak perlu pergi ke pusat beli belah jika ada anak.






Source link

OR

Scroll to Top