Susulan isu rumah tangga pempengaruh motosikal, Haqiem Stopa, pelakon Zul Huzaimy meminta netizen agar tidak mudah menjatuhkan hukum terhadap golongan mat rempit.
Memetik mStar Online, Zul berkata tidak adil melabel golongan lelaki yang terlibat dengan komuniti motosikal ‘mata keranjang’ hanya kerana isu melibatkan pempengaruh itu.
BACA: Zul Huzaimy Minta Artis Terpalit Kontroversi Diberi Peluang Kedua
“Jangan tuduh macam itu, kita manusia ini sama saja. Mentang-mentang kami ini mat rempit konon tiada kelaslah. Maaf budak-budak motor ini hanya hujung minggu saja tapi mereka ada kerjaya. Tapi masyarakat jangan jatuhkan hukum budak rempit macam itu,” katanya.
Sementara itu, Zul berkata dia mengenali Haqiem secara peribadi serta berharap dapat selesaikan hal rumah tangga dengan isterinya dengan baik tanpa campur tangan orang luar.
“Saya kenal dia, pernah saja berjumpa dan mesej dengannya. Kahwin dia pun saya dijemput. Dia budak yang baik, cuma tak tahulah sebab cemburu atau salah faham.
“Semua orang alami perkara yang sama, kemelut rumah tangga ini biasa. Pandai-pandailah, tiada siapa pun tidur di antara bantal kau (Haqiem) dan isteri. Hanya korang berdua saja tahu. Semoga kaorang dapat cari penyelesaian terbaik,” katanya.
Dalam pada itu, Zul berkata dia tidak menolak Haqiem dikelilingi wanita di acara-acara motosikal namun menganggap ia adalah lumrah biasa bagi seorang lelaki.
“Dia pun kaki bertongkat, kalau nakal lelaki itu biasa. Dikeliling perempuan itu normal tapi kalau lelaki. Zaman sekarang lelaki yang sudah kahwin itu lagi jadi rebutan, nak-nak usia 35 tahun ke atas memang kena jaga,” katanya.
Sumber: mStar Online






