Pelakon Que Haidar berkata dia belum terbuka hati untuk berkahwin mahupun mencari pasangan baru meskipun ada wanita yang cuba mendekatinya sejak bergelar duda.
Memetik mStar Online, Que berkata fokus utamanya kini adalah pada anak-anak serta kerjayanya tambahan pula dia merasakan perceraiannya dengan Linda Jasmin masih baru lagi.
BACA: Penonton Geli Tengok Penampilan Que Haidar Di GV
“Saya rasa perceraian saya baru lagi. Otak masa masih fikir mengenai anak-anak dan juga ahli keluarga yang lain. Jadinya, sekarang mahu luangkan masa yang sebanyak mungkin kepada mereka.
“Jadinya, saya belum terbuka untuk mempunyai pasangan lain. Fokus utama adalah kerjaya dan keluarga,” katanya.
Sementara itu, apabila ditanya mengenai hubungan dengan anak-anak, Que berkata sebelum ini dia sering berkongsikan di media sosial namun selepas berpisah dia memilih untuk lebih privasi.
“Dulu saya berkongsi, namun sekarang saya pilih lebih privasi. Alhamdulillah semua okay. Hubungan dengan Linda pun baik-baik, Alhamdulillah,” katanya.
Terdahulu, Que dan Linda Jasmine bercerai pada 2 Julai lalu selepas 15 tahun mendirikan rumah tangga.
Sumber: mStar Online






