Erra Fazira Terharu, Suami Hadiahkan Bunga Emas Sebagai Kejutan… 95 Peratus Persediaan Perkahwinan Diurus Ezwan

Erra Fazira Terharu, Suami Hadiahkan Bunga Emas Sebagai Kejutan… 95 Peratus Persediaan Perkahwinan Diurus Ezwan


“Banyak kejutan yang saya sediakan untuk Erra hari ini”, demikian respons suami kepada Primadona Filem Melayu, Erra Fazira iaitu Ezwan Zain ketika ditanya mengenai simbolik perkahwinannya itu.

Menurut Ezwan, bunga emas yang digubah itu mengandungi 24 keping dinar dan diberikan sebagai mas kahwin sebagai kejutan khas buat isterinya.

“Banyak kejutan yang saya sediakan untuk Erra hari ini, antaranya mas kahwin berbentuk bunga emas.

“Dia tahu tentang dinar itu, tetapi tidak menjangka jumlahnya 24 keping.

“Tiada simbolik nombor tersebut, cuma saya mahu cukupkan berat 100 gram,” katanya usai sidang media  yang diadakan di Rinjani Majestic Hall, Subang, Selangor.

Dalam pada itu, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 51, turut memaklumkan, hampir keseluruhan urusan majlis perkahwinan mereka diuruskan oleh suaminya.

“Kalau sebelum ini saya yang banyak menguruskan majlis, tetapi kali ini hampir 95 peratus Ezwan yang uruskan semuanya,” ujarnya.

Mengulas mengenai perancangan berbulan madu, Erra berkata, mereka terpaksa menundakan percutian tersebut sehingga selepas Aidilfitri berikutan komitmen penggambaran dan konsert yang bakal berlangsung Februari nanti.

Terdahulu, Erra selamat bergelar isteri kepada Ezwan dalam majlis akad nikah yang diadakan di Kampung Melayu Subang tepat pada jam 9.19 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Dengan Hanya Sekali Lafaz, Erra Fazira Selamat Bergelar Isteri Mr. E… Terima Sepokok Bunga Emas 102 Gram Sebagai Mas Kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak Ada Lamaran Formal, Erra Fazira Dirisik 6 Minggu Lalu.. Anak Beri ‘Green Light’



Source link

OR

Scroll to Top