Pelakon dan penyanyi, Fathia Latiff berterus terang mengakui dirinya berdepan fasa sukar apabila sudah lama tidak menerima tawaran lakonan, sekali gus membuatkan emosinya sedikit terganggu.
Fathia berkata, walaupun cuba bersikap positif, hakikat tidak bekerja dan tidak mempunyai pendapatan tetap sedikit sebanyak memberi tekanan kepada dirinya, terutama apabila melihat rakan-rakan lain sibuk dengan rutin harian.
“Saya tak adalah down sangat, tapi biasalah bila tiada tawaran berlakon mesti akan down. Saya tengok semua orang kerja, sibuk hari-hari sedangkan saya hanya di rumah, tak ada buat apa-apa,” katanya.
Katanya, keadaan itu lebih meresahkan apabila dia terpaksa menggunakan wang simpanan yang semakin berkurang bagi menampung perbelanjaan harian.
“Sampai saya rasa macam orang yang bekerja kerajaan bahagia saja, boleh teruskan kehidupan dengan stabil. Saya pula tiada kerja, tak boleh buat apa-apa di rumah. Nak beli barang-barang pun kena guna duit simpanan yang semakin habis,” dedahnya.
@wawaofficial_hq Jom support Fatiyaaaa 🥰🥰 #wawamegasale #wawaofficialhq #wawacosmetics #megasale
♬ original sound – WAWA Global Sdn Bhd – WAWA Global Sdn Bhd
Dalam pada itu, Fathia mengakui terharu apabila pasangan selebriti popular, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel, sudi menjemputnya untuk membuat siaran langsung bersama di TikTok baru-baru ini.
“Saya nak mengucapkan terima kasih kepada Wawa dan Aeril sebab jemput saya. Saya memang tak sangka mereka panggil saya untuk siaran langsung bersama,” katanya.

Menurutnya, undangan itu bukan hanya memberi peluang untuk kembali muncul di hadapan peminat, malah meniupkan semangat baharu untuk dirinya terus melangkah dalam industri hiburan.
“Saya harap selepas ini akan dapat banyak tawaran kerja. Saya nak jadi seperti Wawa, berjaya dan dapat bantu keluarga saya,” katanya lagi.
@wawaofficial_hq Step by step… insyaAllah korang jom support Fatiya ♥️ #wawamegasale #wawaofficialhq #wawacosmetics #megasale
♬ original sound – WAWA Global Sdn Bhd – WAWA Global Sdn Bhd
Video pendedahan Fathia itu yang dimuat naik di TikTok meraih perhatian ramai, dimana rata-rata peminat dan netizen menitipkan kata-kata dorongan serta berharap agar rezeki Fathia kembali mencurah seperti dahulu.
Akrres drama rantaian popular Ariana Rose itu sebelum ini pernah menjadi antara nama popular dalam industri dan peminat kini berharap dapat melihatnya kembali aktif di layar kaca.






