Kostum Filem Duyung Dikritik, Maya Karin Tampil Beri Penjelasan

Kostum Filem Duyung Dikritik, Maya Karin Tampil Beri Penjelasan


Pelakon jelita, Maya Karin menegaskan pemilihan rekaan kostum duyung dalam filem Duyung: Legenda Aurora dibuat berdasarkan keperluan produksi, khususnya bagi memudahkan pergerakan pelakon serta menghidupkan suasana dasar laut yang lebih ceria dan seimbang dari segi visual.

Menurut Maya atau nama lengkapnya, Maya Karin Roelcke, 46, pendekatan kali ini berbeza berbanding filem Duyung terdahulu yang menggunakan kostum lebih berat dengan warna terang sehingga menyukarkan pergerakan.

“Sebenarnya, untuk filem Duyung yang lalu ia mempunyai warna yang lebih natural. Kostumnya juga sangat berat dan sukar untuk dipakai.

“Tapi untuk kali ini, penerbit dan pihak produksi cuba memudahkan semua orang, bukan sahaja para pelakon tetapi juga kru di sekeliling.

“Dalam filem ini, kami mahu menceriakan dan meningkatkan lagi warna-warna laut supaya lebih seimbang dengan ikan-ikan, batu karang dan elemen lain,” katanya.

Maya turut memaklumkan pengarah filem berkenaan memberi perhatian terhadap penggunaan warna semula jadi laut supaya visual ikan dan batu karang dapat ditampilkan dengan lebih harmoni.

“Setiap kostum direka dengan warna berbeza. Saya mengenakan warna biru kehijauan, manakala Anna pula hijau kekuningan serta kemerahan coklat. Apabila digabungkan, ia kelihatan sesuai dengan gambaran dunia bawah laut,” katanya.

Selain Maya Karin, filem Duyung: Legenda Aurora turut dibintangi Anna Jobling, Yusry KRU, Saiful Apek dan Ayie Floor 88.



Source link

OR

Scroll to Top