Ibu kepada Primadona Malaysia, Erra Fazira iaitu Azizah Zaik tampil memuji menantu baharunya, Mr. E atau lebih dikenali sebagai Ezwan Zain.
Menerusi sebuah video tular di TikTok, Azizah menyifatkan Mr. E seorang jejaka kacak, sambil menyentuh lembut pipi suami baharu anaknya itu.
“Menantu aku handsome, anak aku cantik,” katanya.
Bukan itu sahaja, ibu aktres filem popular Sembilu ini juga turut menunjukkan isyarat tangan sepadan dan sesuai.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan Mr. E pandai memikat hati ibu mentuanya dan melayan orang tua.
@helloaishhhhhhhhh Betul, sama cantik sama padan. Untung la abang dapat mak mertua macam ni. Sayang betul! @ezwanzain @Fazira Wan Chek Lawa betul pelamin @Jasamoure Wedding Concept ni!!! #erra #errafazira #erraezwan
Sekadar info, Erra dan Mr. E selamat mendirikan rumah tangga pada 12 Disember 2025, Jumaat lalu.
Artikel Berkaitan: Dengan Hanya Sekali Lafaz, Erra Fazira Selamat Bergelar Isteri Mr. E… Terima Sepokok Bunga Emas 102 Gram Sebagai Mas Kahwin
Artikel Berkaitan: Erra Fazira Terharu, Suami Hadiahkan Bunga Emas Sebagai Kejutan… 95 Peratus Persediaan Perkahwinan Diurus Ezwan
Artikel Berkaitan: Erra Fazira Akui Pernah Trauma, Anggap Keputusan Kahwin Kali Ketiga Adalah Tepat – “Saya Niat Kerana Allah & Ini Semua Aturan Dia”






