Ammar Ahyan Beli Char Kway Teow Dapat Gaji Pertama

Ammar Ahyan Beli Char Kway Teow Dapat Gaji Pertama


Anak sulung kepada usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan berkongsikan apa yang dibeli apabila menerima gaji pertamanya.

Menerusi podcast ABPBH, jawapan diberikan Ammar menjadi perhatian apabila memberitahu dia membeli makanan char kway teow dengan gaji pertamanya.

BACA: Ramai Ajak Keluar Malam, Ammar Ahyan Tak Berminat

Lebih menghiburkan, Ammar berkata dia pernah membeli cawan di Shanghai menggunakan duitnya sendiri serta memaklumkan dia tidak membeli barang peribadi kerana sudah disediakan oleh bapanya.

“Saya beli Char Kuetiau. Saya pernah beli cawan dekat Shanghai, China, guna duit saya sendiri. Saya tak beli barang peribadi, ayah saya yang belikan,” katanya.

Sementara itu, Aliff berkata anaknya seorang yang menyimpan wang dan segala barangan peribadi anaknya disediakan olehnya serta turut menyediakan elaun setiap bulan.

“Dia selalu menyimpan wang jadi seluar dalam dan baju-baju dia saya belikan. Nampak dia macam ini, tapi dia ialah seorang yang penjimat.

“Setiap bulan saya berikan dia elaun, minyak kereta, peralatan sekolah saya sediakan. Tapi dalam masa yang sama, dia pun suka berniaga juga.

“Kalau dia jadi duta, saya takkan ambil duit dia. Sekali dia buat ‘review’ mahal juga, baru-baru ini dapat RM10,000,” katanya.






Source link

OR

Scroll to Top