Usia Kandungan Cecah 8 Bulan, Uyaina Arshad ‘Bangga’ Berat Badan Hanya Naik 9 Kilogram

Usia Kandungan Cecah 8 Bulan, Uyaina Arshad ‘Bangga’ Berat Badan Hanya Naik 9 Kilogram


Pengacara dan personaliti televisyen, Uyaina Arshad, berkongsi perkembangan terkini kehamilan anak ketiganya, yang kini sudah memasuki usia kandungan lapan bulan.

Menerusi perkongsian di Threads, Uyaina memaklumkan, berat badannya setakat ini hanya bertambah sebanyak 9 kilogram, sekali gus membuatkan dirinya berasa bangga dengan pencapaian tersebut.

“Hamil 8 bulan, dan kini berat badan saya bertambah hanya 9 kilo.

“Masih ada 1 bulan lagi. Agak berbangga dengan diri sendiri kerana berat badan tidak naik begitu banyak untuk kehamilan ketiga ini,” katanya.

Dalam pada itu, Uyaina turut mengajak pengikutnya berkongsi pengalaman masing-masing mengenai pertambahan berat badan sepanjang kehamilan.

“You guys naik berapa kilo time pregnant?,” soalnya.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-rata memuji disiplin Uyaina dalam menjaga pemakanan dan kesihatan sepanjang kehamilan, selain turut berkongsi pengalaman mereka berdepan situasi sama.



Source link

OR

Scroll to Top