Neera Azizi Mohon Maaf Isu Gender Reveal Depan Kaabah

Neera Azizi Mohon Maaf Isu Gender Reveal Depan Kaabah


Pelakon dan penyampai radio Neera Azizi memohon maaf serta mengakui kekhilafannya susulan tindakan memuat naik video gender reveal di hadapan Kaabah baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran di Insta Story, Neera berkata dia tidak menyedari perbuatannya itu dilihat dianggap kurang beradab sebaliknya tujuan video itu sebagai tanda syukur.

“Assalamualaikum. Hadir dengan rasa rendah diri, kami ingin menyatakan permohonan maaf berhubung isu ‘gender reveal’ yang hangat diperkatakan baru-baru ini.

“Tujuan video itu dibuat hanyalah sebagai tanda kesyukuran atas kurniaan Allah SWT dan tidak mempunyai niat lain selain daripada itu.

“Namun, tanpa kami sedari, kaedah tersebut dilihat kurang beradab dan kami tidak berniat sama sekali untuk menegakkan kesalahan yang telah dilakukan,” tulisnya.

Sementara itu, Neera berkata dia menerima teguran secara terbuka serta menegaskan kekhilafan itu adalah dari diri sendiri dan tiada kaitan dengan pihak lain.

“Terima kasih atas semua teguran yang diberikan. Kami terima dengan hati terbuka dan menganggapnya sebagai nasihat yang membina.

“Insya-Allah, kekhilafan ini tidak akan berulang lagi. Saya juga ingin menegaskan isu ini tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak,” katanya.

Untuk rekod, Neera mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Hafizi Mohd Noor merupakan seorang mutawif pada 1 Julai lalu.






Source link

OR

Scroll to Top