“Mengandung Pun Dia Boleh Pukul Saya” – Uqasha Dakwa Dipukul, Didera Sejak Kahwin

“Mengandung Pun Dia Boleh Pukul Saya” – Uqasha Dakwa Dipukul, Didera Sejak Kahwin


Pelakon Uqasha Senrose membuat pendedahan mengejutkan mendakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga sepanjang empat tahun perkahwinannya dengan Kamal Adli.

Memetik mStar Online, Uqasha berkata dia mahu berpisah secara baik demi menjaga aib suaminya serta mendakwa turut dikasari ketika hamil. 

BACA: “Saya Tak Akan Buat Kenyataan Bodoh, Guna Saluran Yang Betul” 

“Selama ini saya diam. Tak nak cakap benda betul. Saya cuba nak beritahu yang saya nak berpisah cara baik sebab tak nak dedah benda betul, nak jaga lagi air muka dia.

“Tapi dia pukul saya, dera saya. Naik tangan, naik kaki, maki dan tengking saya. Daripada awal perkahwinan sampailah empat tahun ini. Dia dera mental dan emosi saya. Mengandung pun dia boleh pukul saya,” katanya.

Sementara itu, Uqasha berkata dia turut mempunyai gambar dan video bukti keganasan dialaminya. Kata Uqasha lagi, sikap baran dan tidak boleh ditegur menjadi punca keganasan.

“Ada bukti gambar video. Semua saya ada. Cuma saya tak nak benda ni jadi besar. Saya tak nak bagi tahu semua orang,

“Dia baran sampai saya takut. Tak boleh ditegur langsung. Dalam menjaga anak tak ada toleransi. Anak saya perempuan, rumah pula macam rumah bujang. Kawan lelaki keluar masuk,” katanya.

Dalam pada itu, peguam sivil mewakili Uqasha memaklumkan anak guamnya sudah membuat empat laporan polis berhubung dakwaan keganasan rumah tangga bermula awal Disember lalu.

“Tiga laporan difailkan oleh Uqasha dan satu oleh ibu Uqasha. Semua laporan libatkan aduan daripada Uqasha bahawa dia telah didera dan dipukul,” katanya.

Sumber: mStar Online






Source link

OR

Scroll to Top