Tak Sampai Sebulan, Faisal Halim Kembali Rujuk Bekas Isteri

Tak Sampai Sebulan, Faisal Halim Kembali Rujuk Bekas Isteri


Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim disahkan sudah kembali rujuk dengan bekas isterinya, Nur Syazwani Mizuana pada 9 Disember lalu selepas sah bercerai talak dua di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor.

Memetik mStar Online, peguam yang mewakili Faisal iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader berkata pihaknya akan memfailkan permohonan rujuk di mahkamah dalam tempoh terdekat.

BACA: Faisal Halim Nafi Curang, Peguam Dakwa Bekas Isteri Suka Tuduh Tanpa Bukti 

“Alhamdulillah, betul Faisal dan bekas isterinya sudah kembali rujuk. Saya akan memfailkan permohonan rujuk ini dalam waktu terdekat,” katanya.

Sementara itu, Akberding berkata keputusan untuk mereka kembali bersama kerana masih menyimpan rasa sayang dan mahu membesarkan anak bersama-sama.

“Soal jodoh ini rahsia Tuhan. Apa-apa boleh berlaku. Saya tumpang gembira apabila Faisal memaklumkan dia sudah kembali bersama bekas isterinya.

“Selama ini pun dia sangat mencintai isteri dan anaknya. Kita doakan semoga rumah tangga mereka kekal bahagia,” katanya.

Terdahulu, Faisal dan Syazwani sah bercerai talak dua pada 28 November lalu. 

Sumber: mStar Online






Source link

OR

Scroll to Top