Jumlah mangsa banjir di enam negeri menurun

Jumlah mangsa banjir di enam negeri menurun


zanariah_mutalib@bh.com.my

Kuala Lumpur : Jumlah mangsa banjir di enam negeri menurun setakat pagi ini, dengan 12,414 mangsa daripada 4,051 keluarga masih ditempatkan 88 pusat pemindahan sementara (PPS).

Berdasarkan maklumat Info Bencana Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM), setakat jam 7 pagi ini, Pahang terus mencatatkan jumlah mangsa yang tertinggi, iaitu 11,276 mangsa daripada 3,713 keluarga.

Mereka ditempatkan di 69 PPS di lapan daerah, dengan tertinggi di Kuantan, iaitu 44 PPS, Pekan (10), Jerantut (empat), Rompin (tiga), Temerloh (tiga) Maran (dua) dan Bera (satu).

Di Terengganu, seramai 640 mangsa membabitkan 211 keluarga ditempatkan di sembilan PPS di dua daerah, iaitu Kemaman dan Dungun.

Di Johor, seramai 356 mangsa daripada 93 keluarga ditempatkan di tiga PPS di Mersing, manakala empat PPS di Kelantan menempatkan 77 mangsa daripada 23 keluarga.

Di Selangor, seramai 47 mangsa daripada lapan keluarga ditempatkan di satu PPS di Gombak, selain 18 mangsa daripada tiga keluarga di dua PPS di Miri, Sarawak.

Sementara itu, aras air di empat kawasan di Pahang mencatatkan tahap melebihi paras bahaya, iaitu di Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran; Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini, Pekan; Sungai Pahang di Waterfront (F1), Bera dan Sungai Pahang di Kuala Tembeling, Jerantut.

Pada masa sama, aras air di sembilan kawasan mencatatkan tahap melebihi paras amaran, iaitu di Sungai Pahang di Kuala Tembeling dan Jerantut Feri, Jerantut dan Empangan Chereh (F2), Sungai Belat di Sri Damai (F2), Sungai Soi di Jln Pekan-Kuantan (N) serta Sungai Lepar di Jam Gelugor (F1), Kuantan.

Selain itu, Sungai Pahang di Lubuk Pasu (F1), Temerloh dan Sungai Jempol di Jengka 5 (F1), Sungai Pahang di Kampung Chenor.

Di Sarawak, tiga kawasan turut mencatatkan aras air melebihi tahap amaran, iaitu di Long Teru dan Marudi, Miri serta Nanga Lemai B, Sibu.

Satu kawasan di empat empat negeri, masing-masing juga mencatatkan paras melebihi tahap amaran, iaitu di Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat, Johor; Sungai Bernam di Rimba KDR, Sabak Bernam, Selangor; Sungai Siput di Kampung Sungai Siput (F2) Alor Gajah, Melaka dan Sungai Gemas di Kampung Tiong (F2), Tampin, Negeri Sembilan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top