Suami kepada pelakon dan penyampai radio Neera Azizi iaitu Muhammad Hafizi Mohd Noor digantung tugas selama enam bulan sebagai mutawif susulan video ‘gender reveal’ di depan Kaabah.
Menerusi satu hantaran di media sosial In Saff Travel & Tours Sdn. Bhd, pihak pengurusan mengambil keputusan menggantung suami kepada pelakon itu daripada berkhidmat serta merta.
BACA: Neera Azizi Mohon Maaf Isu Gender Reveal Depan Kaabah

Sementara itu, sepanjang tempoh penggantungan itu, Hafizi tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang tugasan operasi termasuk membimbing jemaah ke Tanah Suci.
Selain itu, Hafizi turut dikenakan tindakan tatatertib dalaman termasuk surat amaran rasmi dan sebarang pertimbangan pelantikan semula hanya akan dibuat tertakluk kepada pematuhan penuh terhadap garis panduan syarikat.
“Sebarang perlakuan yang menjejaskan kesucian ibadah di Tanah Suci, etika dan imej syarikat tidak akan dikompromi,” tulis kenyataan itu.
Terdahulu, Neera berkata dia tidak menyedari perbuatannya itu dilihat dianggap kurang beradab sebaliknya tujuan video itu sebagai tanda syukur.






