Pelakon Raja Ilya berkongsi pandangan jujur mengenai isu perceraian dan kesannya terhadap anak-anak, menerusi hantaran di Instgaram miliknya.
Kata Ilya, dia mengingatkan pasangan suami isteri agar lebih berhati-hati dalam mendapatkan nasihat berkaitan rumah tangga.
Tambahnya, mendapatkan pandangan daripada pihak yang cenderung kepada perceraian hanya akan mendorong keputusan ke arah itu tanpa melihat keseluruhan konteks hubungan dan kesan jangka panjang terhadap keluarga.
“Kalau anda dapatkan nasihat daripada ‘coach cerai’, nasihatnya pun akan menjurus kepada perceraian,” katanya.
Dalam pada itu, Raja Ilya berkongsi, dia dan suaminya, Trent sama-sama membesar dalam keluarga yang yang bercerai-berai sekali gus memberikan perspektif lebih mendalam tentang kesan sebenar perceraian terhadap anak-anak.
“Saya dan Trent (Suami), kami berdua berasal dari keluarga yang bercerai-berai, jadi ini tidak betul.
“Mengetahui statistik dan bertemu ratusan orang yang datang dari senario yang sama.. Yang paling terkesan adalah anak-anak. Sebenarnya, kids don’t get traumatized semata mata sebab parents divorce?.
“Mereka akan terkesan bila membesar dalam perkahwinan ibu bapa yang toksik, bukan sebab parents argue once in a while, tapi bila rumah penuh dengan tension, fear, emotional exhaustion setiap hari,” jelasnya.






