“Jangan Jadi Batu La, Kau Tu Dah Berpuluh Tahun Kahwin Ke Nak Menilai Orang”

“Jangan Jadi Batu La, Kau Tu Dah Berpuluh Tahun Kahwin Ke Nak Menilai Orang”


Pelakon Zarina Zainuddin meluahkan rasa kurang senang dengan kenyataan individu bergelar ‘coach cerai’ yang mendakwa mampu menilai kebahagiaan rumah tangga pasangan dalam tempoh lima minit.

Menerusi komen yang ditinggalkan di media sosial, Zarina meminta individu itu tidak menjadi batu api dalam masalah rumah tangga orang lain.

BACA: Coach Cerai Jelaskan Uqasha Senrose Tak Sempat Lagi Mula Sesi ‘Coaching’

“Eh eh eh menyirap pula aku dengar ni… orang bergaduh dalam rumah tangga tu biasa la lepas gaduh baik balik. Kalau tak ada mulut-mulut penghasut, elok balik la rumah tangga orang tu.

“Jangan jadi batu api la coach cerai wak luu! Kau tu dah berpuluh tahun kahwin ke nak menilai orang,” tulisnya.

Sementara itu, Zarina berkata setiap rumah tangga pasti ada pasang surut dan dugaan serta hanya mereka sahaja yang boleh selesaikan.

“Rumah tangga orang lain, lain caralah takkan sama. Ada pasang surut, kau ingat kahwin ni hari-hari nak bahagia ke perjalanan tu penuh ranjau berduri!  

“Eeee geramnya aku memandai-mandai pula. Muka dah macam eee lu siapa brooo coach cerai wakkk lu!! Kang ada juga yang kena hakkk tuiii,” tulisnya.

Sumber: Astro Gempak






Source link

OR

Scroll to Top